Sunday, 10 July 2011

KEHENDAK-KEHENDAK KEBOMBAAN

Perlindungan Kebakaran Pasif dan Aktif

TUJUAN

Untuk memberi perlindungan secukupnya dari bahaya kebakaran kepada penghuni-penghuni bangunan dan mengurangkan kemusnahan kepada hartabenda.

Terbahagi kepada dua:
1. Perlindungan api pasif
2. Perlindungan api aktif


DEFINISI


Unsur-unsur struktur sesuatu bangunan yang berupaya untuk melaksanakan fungsinya dengan sendiri atau berkehendakkan bantuan bagi membendung atau menyekat asap dan api daripada
merebak di dalam bangunan semasa kebakaran


Komponen Perlindungan Kebakaran Pasif
•Jalan keluar keselamatan
•Pemetakan
•Kekemasan dalaman dan siling
•Pengudaraan dan pengcahayaan
•Akses menentang kebakaran
Jalan Keluar Keselamatan
(Means of escape)



1.Jalan Keluar mendatar
2.Jalan keluar menegak
3.Jalan keluar akhir


1. Jalan Keluar Mendatar
Jalan keluar daripada sesuatu petak bangunan ke petak bangunan bangunan bersebelahan pada paras yang sama.
2. Jalan Keluar Menegak
Struktur di dalam bangunan digunakan untuk menyelamatkan diri keluar daripada tingkat atas ke tingkat bawah.


3. Jalan Keluar Akhir





Tempat keluar terus ke jalan, laluan atau tangga terbuka dimana penghuni selamat daripada kebakaran atau
asap





Syarat-Syarat Jalan Keluar;

•Kelebaran dan sais tidak berkurangan sepanjang laluan
•Bebas dari halangan
•Pintu rintangan api
•Tanda KELUAR dan lampu kecemasan
•Semua bukaan tidak dibenarkan kecuali bukaan pintu rintangan api
•Penudaraan dan pencahayaan cukup